Tuesday 4 August 2015

Student life.

                                 


Bismillah.
First post tahun 2015 :) Sekian lama post post dahulu di delete dgn sengaja. Harini tetiba tergerak hati balik nak buat entry tahun ni. Since 3 Julai, anis dah daftar masuk belajar di KPTM Ipoh *ajet ajet syiok jadi student kolej* padahal daftar masuk lambat :P hikhikhik

Time daftar online tu anis daftar untuk Julai. Tapi tak tahu pulak 3 Julai tu dah 'deathline' dah mau kalut satu family cari barang, settle form ulang alik pegi pejabat penghulu mintak cop sini sana :/ seminggu sebelum tarikh daftar baru tau dapat -___- penat bertekak pasal borang. Ingat lawak? :/

3 Julai, tarikh keramat. Tarikh daftar masuk, tarikh usha abg abg, kakak kakak senior lalu lalang depan mata, tarikh kenal intake baru, tarikh kenal org baru, tarikh segala mak atok nenek kalut haha xP First mmg janggal gila la ken duduk jauh daripada family sebab mmg tak pernah langsung tinggal berjauhan duduk tempat asing, tempat orang pulak tu, duduk asrama pelajar. Aaaaaaa homesick >.< paling buat homesick sekali rindu Baby Aryan, rindu adik adik, rindu kawan kawan, rindu semua ah :")

Life stay dekat asrama. For me, okay la not bad. First experience kan stay berdikari ni, alhamdulillah dapat budak dorm semua okay okay belaka. Takda puak puak bagai. Risau jugak act takut kena buli ke apa ken.. Tapi alhamdulillah la :) Semenjak stay asrama ni anis kira dah pandai la cuci baju sendiri, masak sardin, goreng telur dalam rice cooker, mandi bawak barang mandi sendiri hahaha part tu rasa rare sikit sebab selalu masuk bilik air ada barang mandi lengkap semua dah :p Duduk sini pun belajar berjimat, takdanya nak boros boros sangat even tempat belajar dalam town. Ipoh Parade jalan kaki pun dah sampai oii haha "p/s: Thanks mama ayah sebab ajar kakak masak, buat kerja rumah selama ni. Sekarang ni kakak baru sedar yg semua tu penting bila kakak stay berjauhan mcm ni :') iloveyouboth muah muah :'*"

Class. Terasa freedom sikit berbanding sekolah, act rasa dia sama je mcm sekolah, pembelajaran semua ni cuma keadaan yg berbeza daripada student life dekat sekolah. Maybe sebab takda uniform sekolah, ada gap time yg panjang masa belajar, and assignment. Dekat sini terbahagi kepada dua course iaitu budak DIM (Diploma in Multimedia) & DMM (Diploma in Management Multimedia). Anis tengah struggle utk DIM. Budak DIM fuhh susah wehhhh kelas FOP >.< kawe dok pahe lecture tu ngajor gapo hahaha :p Still kena banyak study tak boleh main main mcm selalu *fighting!!!!*

Lastly, i met someone here. Awak, jangan nak stalk sangat k awak. I know what you did :p hahaha ilapyouuuu :* byebye





Thanks you for reading stalker :D